Guru yang HEBAT adalah guru yang mampu menjadi INSPIRASI pelajar...Berusaha mendidik hati untuk mendidik pelajar dari HATI yang TULUS...Bukan sekadar mengharap pelajar menjadi pandai semata-mata tetapi mampu memancarkan ilmu untuk KEMENJADIAN pelajar...Maka diri ini bukan sekadar CIKGU tetapi berusaha melunaskan amanah sebagai KHALIFAH sementara masih bernyawa di bumi ALLAH ini...

Pages

Tuesday, 17 September 2013

7 Wonders of the world...


Pelajar-pelajar dikehendaki menyenaraikan tujuh keajaiban dunia. Semua mampu menyenaraikan ketujuh-tujuh keajaiban dunia yang biasa kita dengar.



1.       Piramid
2.       Tembok Besar China
3.       Taman tergantung Babylon
4.       ….
5.       ….
6.       ….
7.       ….

Namun seorang pelajar tidak mampu menyenaraikannya. Katanya terlalu banyak keajaiban yang ingin dia senaraikan.

Lalu guru itu menyuruhnya menyenaraikan tujuh yang paling utama. Lalu disenaraikan 7 keajaiban yang diketahuinya.
1.       To see
2.       To hear
3.       To touch
4.       To taste
5.       To feel
6.       To laugh
7.       To love

Guru itu terkedu.
Benar. Kadangkala kita tidak sedar kenikmatan-kenikmatan ini.
Andai satu nikmat di atas ditarik…

Nilai nikmat itu terletak pada syukur.
Hanya mereka yang bersyukur akan merasai betapa nikmatnya nikmat tersebut...

Alhamdulillah...

Monday, 16 September 2013

1st step to be EXCELLENT TEACHER

16 September 2013

Ada cita-cita menjadi Guru Cemerlang?

Seorang guru biasa, yang melalui laluan kerjaya biasa akan melalui kenaikan pangkat pada laluan 8:8:6:3. Selepas 8 tahun berkhidmat akan dinaikkan DG 44, selepas 8 tahun dinaikkan lagi DG 48, selepas 6 tahun dinaikkan lagi DG 52 dan selepas 3 tahun dinaikkan lagi DG 52. Jadi, guru tersebut memerlukan 25 tahun perkhidmatan untuk mencapai DG 54.

Bagi guru yang ingin melalui laluan kecemerlangan boleh melalui laluan kerjaya 5:3:3:3. Selepas 5 tahun berkhidmat akan dinaikkan DG 44, selepas 3 tahun dinaikkan lagi DG 48, selepas 3 tahun dinaikkan lagi DG 52 dan selepas 3 tahun dinaikkan lagi DG 52. Jadi, guru tersebut memerlukan 14 tahun perkhidmatan untuk mencapai DG 54.

Selepas DG 54 bolehlah diteruskan memohon Jusa C, Jusa B, Jusa A, Turus III, Turus II dan yang tertinggi Turus I. Jika layak la. Sekarang yang tertinggi di Malaysia adalah Turus III, iaitu Setiausaha Negara.
Maka, langkah pertama untuk menjadi Guru Cemerlang bermula sekarang. Mulakan dokumentasi apa sahaja yang kita buat. Kepada guru baru, inilah masa terbaik untuk anda mulakan. Anda masih baru, maka mulakan sekarang. Segala dokumen dalam tempoh lima tahun ini perlu disimpan elok-elok.
1.       Beli satu fail peribadi khusus
2.       Buat Profil Pembangunan Diri (lihat contoh di bawah)
3.       RPH dibuat elok-elok. Jangan tangguh kerja. Refleksi buat betul-betul. Dan simpan!
4.       Segala sumbangan kita walau sekadar sebagai guru pengiring perlu didokumentasikan. Maksudnya, direkod tarikh dan catatan jika perlu.
5.       Segala surat, kertas kerja, bahan kursus, pamplet program, minit-minit mesyuarat  dan apa sahaja dokumen disimpan elok dalam fail. Yang ada nama kita highlighkan sebagai bukti.
6.       Bolehlah fikir-fikirkan inovasi yang kita ingin lakukan dalam subjek yang kita ajar.

Untuk menjadi Guru Cemerlang, perlu mengajar sekurang-kurang 3 tahun bagi satu subjek. Selepas tiga tahun kita juga layak memohon biasiswa untuk sambung belajar dari KPM dengan gaji penuh. Jadi pilihlah mana satu laluan kerjaya anda. Jika ingin sambung belajar, niat untuk jadi Guru Cemerlang perlu ditangguhkan dulu. Guru Cemerlang vs Sambung Belajar. Pilihan di tangan anda.
Laluan kerjaya guru juga luas. Bukan sekadar mengajar dalam kelas. Anda boleh memilih bidang pentadbiran, PPD, JPN juga kementerian. Itupun jika anda seorang yang komited dan berminat dengan cabaran!

Mulakan langkah pertama hari ini!

Buat Profil Pembangunan Diri.

Kami guru-guru SBP dikehendaki menyiapkan profil ini untuk diserahkan kepada pihak sektor SBP. Ini bagi mempersiapkan guru-guru SBP untuk menjadi Guru Cemerlang. Rakan-rakan di sekolah biasa juga berpeluang menjadi Guru Cemerlang. Keluar borang nanti isi je. Tiada koata untuk pemilihan Guru Cemerlang.Setiap guru yang layak akan mendapat ‘title’ Guru Cemerlang. Selepas isi borang, nanti akan ada pemantauan dan temuduga. Dan Profil Pembangunan Diri adalah dokumen yang paling penting untuk melihat tahap komitmen guru. Kalau selepas 3 tahun mengajar baru nak buat profil ini, tak terbuatnya! Pasti banyak dah tak ingat apa kita buat. Bukti-bukti surat, kertas kerja dan lain-lain pasti hilang entah ke mana.
Jom buat Profil Pembangunan Diri. Usah tangguh-tangguh. Saya sudah siap untuk dihantar ke pihak SBP. Ini sekadar contoh yang saya buat. Bergantung pada anda nak letak apa lagi.

Sekali lagi. Ini contoh sahaja ya. Kalau ada Guru Cemerlang sekolah anda boleh rujuk mereka.

PROFIL PEMBANGUNAN DIRI
-gambar anda-

i.                    LATAR BELAKANG DIRI
Nama                                      
No. Kad Pengenalan               
No.Surat Beranak                   
Tarikh Lahir                            
Tempat Lahir                           
Asal                                         
Bilangan adik-beradik           
Warganegara                       
Bangsa                                                
Agama                                     
Status  Perkahwinan              
No. Gaji                               
No. KWSP                             
Jawatan                                
Gred                                    
Tarikh Melapor Diri               
Kelulusan Tertinggi              
Subjek Major                        
Subjek Minor                       
Alamat Semasa                       
Alamat Tetap                       
No. Telefon            
Emel                                      
Cita-cita                               
Moto Hidup                           


ii.                  LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
Bil
Institusi
Tahun







iii.                KELULUSAN AKADEMIK
Bil
Institusi
Kelayakan
Tahun
Keputusan






iv.                PENGALAMAN MENGAJAR
Bil
Nama Sekolah
Jawatan
Bulan/Tahun
Subjek Yang Diajar






v.                  SENARAI KURSUS DAN BENGKEL
Bil
Tarikh
Nama Bengkel
Tempat
Penganjur
1
22 Ogos 2013
Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)
Tajuk: P&P Berkesan
SMS Kuching Utara (SAKURA)
Pengetua SAKURA
2
13-15 September 2013
Kursus Profesionalisme Guru Baharu SBP Zon SQL
Pusat Latihan JAKIM, Telaga Air
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan

vi.                SENARAI REKOD KEJAYAAN DAN SUMBANGAN
Bil
Tarikh
Butiran
1
31 Julai 2013
Menjadi AJK Makanan Iftar Jamaie dan Khatam Al-Quran bersama JPN Sarawak 
2
21 Ogos 2013
Menjadi guru pengiring Program Outreach ke SK Telaga Air
3
31 Ogos 2013
Menjadi guru pengiring bagi Ekspedisi Ke Puncak Serapi

vii.              PENGALAMAN, TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
Bil
Tahun
Tempat
Senarai Tugas
Perincian Tugas
11
2013
SAKURA
Guru Penasihat Akademik Rumah Terra
Memantau akademik ahli Rumah Terra
12
2013
SAKURA
Guru Penasihat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
Memantau gerak kerja pengawas sekolah

viii.            PENULISAN
Bil
Tahun
Tajuk
Tujuan
Catatan
1
2012
Students Understanding Towards Dynamic Ecosystem Among Form Four Students
Untuk memenuhi keperluan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Dengan Kepujian (Biologi)
Penulisan ini tidak diterbitkan namun
penulisan ini berjaya mendapat gred A

ix.                BACAAN BUKU
Bil
Tajuk Buku
Tahun/ Penulis/ Penerbit
Sinopsis
Catatan
1
Mendorong Pelajar Corot dengan Teknik Nabi Muhammad
2013/Ainon, Khairulaniza, Nurhidayah dan Siti Khadijah/ Buku Pandai
Buku ini membincangkan 7 Teknik Mendorong Pelajar Corot dengan Teknik Nabi Muhammad berdasarkan hadis-hadis nabi.
Habis dibaca pada Jun 2013
2
Cikgu, Anak Saya Okey?
2013/ Wan Zayuhisham/ Galeri Ilmu
Buku ini lebih kepada perkongsian pengalaman penulis sebagai guru. Penulis berkongsi teknik-teknik mendidik pelajar-pelajar yang boleh memberi kesan positif kepada pelajar.
Habis dibaca pada Jun 2013

x.                  PELAN PEMBANGUNAN DIRI (Ikut kreativiti anda…)

(laluan kerjaya dari tahun semasa hingga bersara)

Disahkan oleh,

__________________________
(DR. HAJAH NORISAH BT…)
Pengetua,
SMK...........-pengesahan dibuat apabila kita mengisi borang permohonan Guru Cemerlang.

Sekadar perkongsian dengan teman-teman melalui apa yang saya perolehi dari kursus guru baru SBP semalam. Saya juga masih baru. Tidak sampai tiga bulan lagi berkhidmat.




Mungkin sesetengah rakan guru tidak didedahkan perkara ini. Jadi, saya mengharapkan perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak input kepada kalian yang bercita-cita menjadi Guru Cemerlang. 

Tunjukkan prestasi yang hebat. Setiap guru berpeluang menjadi Guru Cemerlang!
Jangan lupa. Apa sahaja yang kita buat kembalikan niat kita kepada Allah.

Jadikan kerjaya kita sebagai GURU ini sebagai ALAT untuk kita mencapai KEREDHAAN ALLAH…
Aku mengajar kerana Allah…

Aku ingin menjadi Guru Cemerlang kerana Allah…

Sekian.