11 Julai 2013
Rutinku
bermula. 6.30 pagi perhimpunan harian atau lebih dikenali sebagai ‘roll call’
akan bermula. 7.00 pagi kelas bermula. Setengah jam lebih awal dari waktu
persekolahan di semenanjung. Badan masih dalam proses membiasakan diri dengan
waktu tersebut.
Seawal
6.15 atau 6.20 pagi saya akan mula turun dari rumah untuk ke sekolah. Menumpang
kereta teman serumah. Jarak rumah ke bangunan utama sekolah boleh tahan
jauhnya. 10 000 cm. Atau lebih mudah dalam 100 meter sahaja. Biasalah tinggal
di kuarters guru. Dalam pagar sekolah itu juga. Beberapa minit sahaja terpacak
di pejabat untuk ‘punch card’.
“Cikgu-cikgu
sekolah ini macam ada satu ‘trend’ yang sehati sejiwa. ‘Parking’ kereta
mengundur. Jadi kereta dalam kedaan mudah untuk keluar nanti.” Hati berbicara
bila teman serumah memarkir kereta bersama beberapa buah kereta lain dengan
teknik parking yang sama. Hari
berikutnya ‘trend’ tersebut masih dilihat dengan jelas. Tiada yang memarkir
kereta dengan masukkan tayar hadapan dulu seperti kebiasaan. Sekadar hati
erbicara sendirian. Nak bertanya, agak kurang penting rasanya.
“Pengetua
sekolah ini sangat sistematik. Dia sangat menekankan system 5S yang diadaptasi
dari system yang diperkenalkan di Negara Jepun.” Rakan-rakan guru berkongsi
dengan kami guru-guru baru tentang pengetua sekolah. Saya bersama seorang lari
rakan yang baru di’posting’kan tekun mendengar kisah setiap batang tubuh di
tempatku berkhidmat itu.
“Dia
sangat menekankan 5 S dalam setiap genap tugas dan rutin guru. Dari system fail
sehingga cara parking kereta.” Seorang rakan lain menambah.
“Oh,
patutlah.” Akhirnya gelombang perkara yang bermain di fikiran saya sampai
kepada rakan tersebut untuk diterangkan. Nampak ‘simple’namun di situ akan
tertonjol nilai disiplin yang tinggi dalam kalangan guru. Guru seharusnya lebih
berdisiplin dari pelajar. Nice experience!
Kita
sering berteori yang di ‘copy paste’ dari bangsa lain dalam hidup seharian.
Benar tiada salah untuk megikutnya selagi mana tidak menyalahi syariat. Tetapi
di mana orang Islam yang hebat? Yang boleh mencipta sistem berpandukan Al-Quran
dan Al-hadis. Yang boelh diikuti oleh masyarakat umum seantaro dunia.
Sebagaimana konsep 5S yang berjaya merentasi dunia.
Ya,
saya suka konsep 5S yang diperkenalkan ini. Mampu mendisiplinkan guru serta
mampu memberi imej elok kepada orang luar tentang sesebuah sekolah. Sebagaimana
Islam agama yang penuh nilai disiplin dan sistematik. Bermula dari bangun tidur
sehingga bangun kembali keesokan harinya. Ada aturan yang sangat cantik disusun
Ilahi. Sebagai orang Islam, sepatutnya kita mempunyai nilai disiplin yang
tinggi sebagaimana didikan disiplin dalam agama Islam.
No comments:
Post a Comment