11 Julai 2013
Oh,
my English! Sungguh diakui bahawasanya diri ini tidaklah bagus sangat untuk
berbahasa Inggeris. Bila melihat rata-rata pelajar mampu bercakap Inggeris
dengan fasih, hati dilanda debaran mengancam. Wow! Hebat. Macam berada di
‘oversea’ dah. (Memang ‘oversea’ pun! ‘Over South China Sea’…huhu)
Mahu
tidak mahu, kena juga bercakap Inggeris. Maka al-kisahnya bermula, digarapnya
ayat-ayat indah untuk diungkap. Bercakap seorang diri dalam bilik mahupun buat
latihan awal di dalam makmal (sebab makmal agak sedikit ke belakang). “Bila
menjadi guru, kamu tiada alasan untuk menolak dari melaksanakan sesuatu arahan
yang diberi. Mungkin kamu akan mengajar English. Sebab kita kekurangan guru English.”
Gulp. Kata-kata pengetua ditelan satu persatu. Imposibble! Oh, my English!
Rosak pelajar. Alhamdulillah, kata-kata itu bukan kenyataan. Tapi mengajar
Sains dan Biologi masih dalam bahasa Inggeris. Kadang-kadang campur juga la
saat kebuntuan.
Be
positive! Perkataan ini sungguh mendamaikan. Terasa senang walaupun beban
melanda. Terasa bahagia walaupun ujian menimpa. Itu lumrah hidup. Dan hidup ini
adalah sebuah proses pembelajaran yang penuh dengan kejutan demi kejutan. Ujian
yang menimpa kadangkala terpaksa dilaluinya tanpa persediaan. Datangnya
megejut. Menyentap jantung yang setia mengepam darah ke seluruh salur-salur
darah di seluruh badan.
Lantas,
ini adalah salah satu proses pembelajaran. Proses untuk mahir berbahasa
Inggeris. Memaksa diri bercakap Inggeris walaupun dalam keadaan tatabahasa
berterabur dan maknanya lintang pukang. Asal boleh difahami. Haraplah! Cabaran
di sahut. Strategi diatur. Semoga diri ini mampu mengharunginya. Terima kasih
pelajar kerana menjadi sebahagian guru yang mengajar saya berkomunikasi dengan
betul. Bagaimana? Memberi mereka tugasan ‘presentation’…So, I can learn how to
pronounce correctly. You are the best my students!
Kepada
yang masih di alam university, belajar dan berusahalah untuk mahir
berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Masing-masing mempunyai cara tersendiri.
Teruskan.
No comments:
Post a Comment