Guru yang HEBAT adalah guru yang mampu menjadi INSPIRASI pelajar...Berusaha mendidik hati untuk mendidik pelajar dari HATI yang TULUS...Bukan sekadar mengharap pelajar menjadi pandai semata-mata tetapi mampu memancarkan ilmu untuk KEMENJADIAN pelajar...Maka diri ini bukan sekadar CIKGU tetapi berusaha melunaskan amanah sebagai KHALIFAH sementara masih bernyawa di bumi ALLAH ini...

Pages

Wednesday, 27 March 2013

Saat dilanda masalah...


Surah Yusuf ayat 110

حَتَّى إِذَا اسْتَيْأَسَ الرُّسُلُ وَظَنُّواْ أَنَّهُمْ قَدْ كُذِبُواْ جَاءهُمْ نَصْرُنَا فَنُجِّيَ مَن نَّشَاء وَلاَ يُرَدُّ بَأْسُنَا عَنِ الْقَوْمِ الْمُجْرِمِينَ

(Orang-orang yang mendustakan ugama Allah itu telah diberi tempoh yang lanjut sebelum ditimpakan dengan azab) hingga apabila Rasul-rasul berputus asa terhadap kaumnya yang ingkar dan menyangka bahawa mereka telah disifatkan oleh kaumnya sebagai orang-orang yang berdusta, datanglah pertolongan Kami kepada mereka, lalu diselamatkanlah sesiapa yang Kami kehendaki. Dan (ingatlah bahawa) azab Kami tidak akan dapat ditolak oleh sesiapapun daripada menimpa kaum yang berdosa.

Tuesday, 26 March 2013

Aii, tak Sayang diri nampak?!

TIPS 2 untuk CIKGU
Memberi PENERANGAN apabila membuat TEGURAN 

Menjadi satu amalan saya hampir setiap kali masuk ke kelas untuk ingatkan pelajar JANGAN TINGGAL SOLAT dan PELIHARA AURAT terutama pelajar PEREMPUAN...Biasanya setiap kali pertemuan dan perkenalan pertama dengan pelajar, saya akan buat sesi perkenalan dengan ringkas, diikuti soalan..."Semua solat Subuh tadi?!" Biasanya akan ada yang tanpa segan silu mengangkat tangan mengakui dengan jujur. 

"Siapa di sini suka ke luar negara?"
"Siapa di sini pernah ke luar negara?"
Biasanya pelajar yang pernah ke luar negara akan teruja menceritakan pengalaman ke luar negara. Saya melayan jer keterujaan mereka.

"Apa dokumen yang paling penting yang kita kena ada bila kaki melangkah masuk ke negara lain?"
"Passport..." Jawab pelajar. Hampir semua pelajar mengetahuinya...
"Kalau ada duit banyak tapi tiada passport boleh masuk tak negara lain?"
"Tak boleh..." Masing-masing teruja menjawab.

Haa...! Masa untuk suntikan SOLAT!

PEKERJA yang "KOYA"...

Bayangkan anda seorang PEKERJA dan mempunyai BOS. Waktu bekerja adalah dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Pukul 10.00 pagi ada rehat sekejap dan begitu juga waktu makan tengahari. Syarat datang ke pejabat adalah berbaju formal iaitu berkemeja, bertali leher dan berkasut bagi lelaki manakala bagi wanita berbaju kurung dan berkasut. Tugas anda adalah bla...bla...bla...

Sebagai pekerja anda hanya sekadar melaksanakan tugas PEKERJA dengan menepati 'punch card' masuk pukul 9.00 pagi dan keluar jam 5.00 petang. Waktu rehat anda rehat, waktu bekerja juga kadangkala anda curi-curi rehat. Buat kerja ala kadar sahaja sekadar memenuhi syarat sebagai PEKERJA...

Tapi anda mempunyai cita-cita besar. Kenaikan pangkat, kenaikan gaji dan keistimewaan-keistimewaan lain. Andakah anda rasa anda cukup TEBAL MUKA dengan BOS minta itu ini dalam keadaan KOMITMEN yang diberi sekadar ala kadar? Cukup sekadar 8 jam berada di pejabat tanpa ada usaha lebih untuk meningkatkan produktiviti syarikat...Jika anda cukup TEBAL MUKA untuk minta macam-macam dengan BOS, anda telah digolong dari PEKERJA yang "KOYA"...!

Monday, 25 March 2013

Siapa tak SOLAT SUBUH hari ni?!

TIPS 1 untuk CIKGU : 
Ulangi PERINGATAN kepada pelajar dalam NADA dan GAYA pelbagai sehingga ada kesan POSITIF kepada pelajar (Contoh Solat)

"Siapa tak solat Subuh hari ni?"

Dengan jujur pelajar-pelajar Kelas E mengangkat tangan...
"Saya Ustazah..."
"Saya Ustazah..."

Saya menyebut satu persatu nama yang tidak solat Subuh. Selagi tidak disebut nama mereka selagi itu laungan "Saya Ustazah..." bertali arus kelas. Jujur sangat pelajar-pelajar. Tiada rasa segan kerana isu meninggalkan solat adalah perkara biasa dalam masyarakat. Jika ada yang tidak mengangkat tangan, pasti ada suara-suara belakang bercakap-cakap..."Weh, betul ke kau tak tinggal solat? Tak percayalah aku..."

Si jelitawan



            Subhanallah! Mata Aina terpegun seketika tatkala melihat pelakon wanita yang diminatinya melintasi di hadapannya. Matanya bulat, kulitnya tidak terlalu putih tidak terlalu gelap ditambah dengan ketinggiannya persis seorang model. Hebat! Terasa wanita itu terlalu sempurna.

Inspirasi seorang petani




           Di waktu pagi yang hening. Kelihatan seorang petani dengan cangkul di bahu sedang berjalan menuju ke petak-petak sawah padi yang kuning keemasan. Sepanjang perjalanan, mulutnya terkumat kamit mebaca zikir-zikir mathurat, iaitu zikir-zikir amalan nabi. Tiba wakaf yang betul-betul terletak di tengah sawah, menjadi perkara yang rutin baginya untuk menunaikan solat sunat dhuha terlebih dahulu. Baginya, segala rezeki yang diperoleh semuanya dari Allah. Oleh itu, sangatlah wajar untuknya mengembalikan kesyukuran kepada Allah dengan solat sunat dhuha dua rakaat.


Dunia di tangan bukan di hati




   Dunia ini sifatnya sementara. Dunia ini sifatnya akan berakhir. Setiap hari berapa juta manusia mati. Baik yang tua mahupun kanak-kanak. Baik yang kaya mahupun yang miskin. Baik yang berkuasa sehinggalah kepada hamba. Baik yang sihat mahupun yang sedang sakit. Kerana itulah janji Allah, setiap yang hidup pasti akan mati.