Guru yang HEBAT adalah guru yang mampu menjadi INSPIRASI pelajar...Berusaha mendidik hati untuk mendidik pelajar dari HATI yang TULUS...Bukan sekadar mengharap pelajar menjadi pandai semata-mata tetapi mampu memancarkan ilmu untuk KEMENJADIAN pelajar...Maka diri ini bukan sekadar CIKGU tetapi berusaha melunaskan amanah sebagai KHALIFAH sementara masih bernyawa di bumi ALLAH ini...

Pages

Wednesday, 27 March 2013

Saat dilanda masalah...


Surah Yusuf ayat 110

حَتَّى إِذَا اسْتَيْأَسَ الرُّسُلُ وَظَنُّواْ أَنَّهُمْ قَدْ كُذِبُواْ جَاءهُمْ نَصْرُنَا فَنُجِّيَ مَن نَّشَاء وَلاَ يُرَدُّ بَأْسُنَا عَنِ الْقَوْمِ الْمُجْرِمِينَ

(Orang-orang yang mendustakan ugama Allah itu telah diberi tempoh yang lanjut sebelum ditimpakan dengan azab) hingga apabila Rasul-rasul berputus asa terhadap kaumnya yang ingkar dan menyangka bahawa mereka telah disifatkan oleh kaumnya sebagai orang-orang yang berdusta, datanglah pertolongan Kami kepada mereka, lalu diselamatkanlah sesiapa yang Kami kehendaki. Dan (ingatlah bahawa) azab Kami tidak akan dapat ditolak oleh sesiapapun daripada menimpa kaum yang berdosa.


Till , when the messengers despaired and thought that they were denied , then came unto them Our help , and whom We would was saved . And our wrath cannot be warded from the guilty .

直到众使者绝望,而且猜想自己被欺骗的时候,我的援助才来临他们,而我拯救了我所意欲的人。我所加于犯罪的人们的惩罚是不可抗拒的。

Bila dilanda masalah, guru saya Ustaz Ahmad Dusuzi mengajarkan kami dalam kuliah tafsirnya supaya menadah tangan membaca ayat ini sebagai doa...

حَتَّى إِذَا اسْتَيْأَسَ الرُّسُلُ

Berhenti sekejap dan doakan dalam hati agar dibebaskan dari masalah yang melanda dan teruskan bacaan...

 وَظَنُّواْ أَنَّهُمْ قَدْ كُذِبُواْ جَاءهُمْ نَصْرُنَا فَنُجِّيَ مَن نَّشَاء وَلاَ يُرَدُّ بَأْسُنَا عَنِ الْقَوْمِ الْمُجْرِمِينَ

Semoga dipermudahkan untuk menghadapi ujian-ujiannya...

Hayatilah pengajaran dari ayat ini, bila terasa diri diuji bersabarlah. Apalah sangat ujian kita jika dibandingkan ujian para nabi dan rasul dan para ahli soleh terdahulu. Bukan sekadar menggadaikan masa dan keluarga, tetapi nyawa turut menjadi taruhan. Diuji dengan masalah isteri dan anak-anak, nabi Nuh lagilah hebat diuji dengan isteri dan anak-anak tidak mahu bersama-samanya dalam bantera. Diuji dengan penyakit, hebat lagi ujian penyakit yang Allah turunkan kepada nabi Ayub. Diuji dengan kematian ahli keluarga, hebat lagi ujian Rasulullah, bermula kematian bapa, ibu, pak cik dan anak-anak baginda. Diuji dengan rezeki anak, hebat lagi ujian Allah kepada Nabi Ibrahim, mendapat anak dikala umur lanjut dan diperintahkan meninggalkan anak dan isteri di tengah padang pasir. Diuji dengan suami, hebat lagi ujian Asiah, diuji dengan bersuamikan Firaun. 

Benarlah...
"Sesungguhnya, manusia yang menerima ujian yang paling berat adalah para Nabi, kemudian orang yang mengikuti mereka, kemudian orang yang mengikuti mereka, dan kemudian orang yang mengikuti mereka.” [al-Silsilah al-Sahihah, al-Albani]



  1. Nabi Adam diuji dengan pohon yang terdapat dalam Syurga Allah. (al-Baqarah: 34)
  2. Nabi Nuh menghadapi ujian dari anak yang tidak mahu taat kepada Allah. (Huud: 11)
  3. Nabi Soleh menerima ujian melalui kaum Tsamud. (al-A’raf:73)
  4. Nabi Ibrahim adalah antara Rasul Allah yang menerima banyak ujian, antaranya, penyembelihan anaknya Ismail. (as-Saffat: 102)
  5. Nabi Luth diuji dengan kaumnya, (al-A’raf: 80)
  6. Nabi Yusuf diuji dengan wanita (Yusuf: 23)
  7. Nabi Musa diuji dengan Fira’un yang angkuh. (Thoha: 59-60)
  8. Nabi Sulaiman diuji dengan kerajaan yang besar dan mewah. (Sad: 35)
  9. Nabi Isa diuji dengan pengikut-pengikutnya. (al-Ma’idah: 112-113)
  10. Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam juga Rasul yang menerima bayak ujian silih berganti, antaranya diuji dengan bapa saudaranya, Abu Talib. (al-Qasas: 56)


Kadangkala Allah menguji kita sampai ke satu tahap kita rasa ingin berputus asa, namun bertahanlah. Yakinlah, Allah pasti hantarkan pertolongan kepada hambaNya yang bersabar...Jika bukan di dunia di akhirat itu pasti...:)

Hidup ini ujian...

No comments:

Post a Comment