Guru yang HEBAT adalah guru yang mampu menjadi INSPIRASI pelajar...Berusaha mendidik hati untuk mendidik pelajar dari HATI yang TULUS...Bukan sekadar mengharap pelajar menjadi pandai semata-mata tetapi mampu memancarkan ilmu untuk KEMENJADIAN pelajar...Maka diri ini bukan sekadar CIKGU tetapi berusaha melunaskan amanah sebagai KHALIFAH sementara masih bernyawa di bumi ALLAH ini...

Pages

Wednesday, 27 March 2013

Saat dilanda masalah...


Surah Yusuf ayat 110

حَتَّى إِذَا اسْتَيْأَسَ الرُّسُلُ وَظَنُّواْ أَنَّهُمْ قَدْ كُذِبُواْ جَاءهُمْ نَصْرُنَا فَنُجِّيَ مَن نَّشَاء وَلاَ يُرَدُّ بَأْسُنَا عَنِ الْقَوْمِ الْمُجْرِمِينَ

(Orang-orang yang mendustakan ugama Allah itu telah diberi tempoh yang lanjut sebelum ditimpakan dengan azab) hingga apabila Rasul-rasul berputus asa terhadap kaumnya yang ingkar dan menyangka bahawa mereka telah disifatkan oleh kaumnya sebagai orang-orang yang berdusta, datanglah pertolongan Kami kepada mereka, lalu diselamatkanlah sesiapa yang Kami kehendaki. Dan (ingatlah bahawa) azab Kami tidak akan dapat ditolak oleh sesiapapun daripada menimpa kaum yang berdosa.

Tuesday, 26 March 2013

Aii, tak Sayang diri nampak?!

TIPS 2 untuk CIKGU
Memberi PENERANGAN apabila membuat TEGURAN 

Menjadi satu amalan saya hampir setiap kali masuk ke kelas untuk ingatkan pelajar JANGAN TINGGAL SOLAT dan PELIHARA AURAT terutama pelajar PEREMPUAN...Biasanya setiap kali pertemuan dan perkenalan pertama dengan pelajar, saya akan buat sesi perkenalan dengan ringkas, diikuti soalan..."Semua solat Subuh tadi?!" Biasanya akan ada yang tanpa segan silu mengangkat tangan mengakui dengan jujur. 

"Siapa di sini suka ke luar negara?"
"Siapa di sini pernah ke luar negara?"
Biasanya pelajar yang pernah ke luar negara akan teruja menceritakan pengalaman ke luar negara. Saya melayan jer keterujaan mereka.

"Apa dokumen yang paling penting yang kita kena ada bila kaki melangkah masuk ke negara lain?"
"Passport..." Jawab pelajar. Hampir semua pelajar mengetahuinya...
"Kalau ada duit banyak tapi tiada passport boleh masuk tak negara lain?"
"Tak boleh..." Masing-masing teruja menjawab.

Haa...! Masa untuk suntikan SOLAT!

PEKERJA yang "KOYA"...

Bayangkan anda seorang PEKERJA dan mempunyai BOS. Waktu bekerja adalah dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Pukul 10.00 pagi ada rehat sekejap dan begitu juga waktu makan tengahari. Syarat datang ke pejabat adalah berbaju formal iaitu berkemeja, bertali leher dan berkasut bagi lelaki manakala bagi wanita berbaju kurung dan berkasut. Tugas anda adalah bla...bla...bla...

Sebagai pekerja anda hanya sekadar melaksanakan tugas PEKERJA dengan menepati 'punch card' masuk pukul 9.00 pagi dan keluar jam 5.00 petang. Waktu rehat anda rehat, waktu bekerja juga kadangkala anda curi-curi rehat. Buat kerja ala kadar sahaja sekadar memenuhi syarat sebagai PEKERJA...

Tapi anda mempunyai cita-cita besar. Kenaikan pangkat, kenaikan gaji dan keistimewaan-keistimewaan lain. Andakah anda rasa anda cukup TEBAL MUKA dengan BOS minta itu ini dalam keadaan KOMITMEN yang diberi sekadar ala kadar? Cukup sekadar 8 jam berada di pejabat tanpa ada usaha lebih untuk meningkatkan produktiviti syarikat...Jika anda cukup TEBAL MUKA untuk minta macam-macam dengan BOS, anda telah digolong dari PEKERJA yang "KOYA"...!

Monday, 25 March 2013

Siapa tak SOLAT SUBUH hari ni?!

TIPS 1 untuk CIKGU : 
Ulangi PERINGATAN kepada pelajar dalam NADA dan GAYA pelbagai sehingga ada kesan POSITIF kepada pelajar (Contoh Solat)

"Siapa tak solat Subuh hari ni?"

Dengan jujur pelajar-pelajar Kelas E mengangkat tangan...
"Saya Ustazah..."
"Saya Ustazah..."

Saya menyebut satu persatu nama yang tidak solat Subuh. Selagi tidak disebut nama mereka selagi itu laungan "Saya Ustazah..." bertali arus kelas. Jujur sangat pelajar-pelajar. Tiada rasa segan kerana isu meninggalkan solat adalah perkara biasa dalam masyarakat. Jika ada yang tidak mengangkat tangan, pasti ada suara-suara belakang bercakap-cakap..."Weh, betul ke kau tak tinggal solat? Tak percayalah aku..."

Si jelitawan



            Subhanallah! Mata Aina terpegun seketika tatkala melihat pelakon wanita yang diminatinya melintasi di hadapannya. Matanya bulat, kulitnya tidak terlalu putih tidak terlalu gelap ditambah dengan ketinggiannya persis seorang model. Hebat! Terasa wanita itu terlalu sempurna.

Inspirasi seorang petani




           Di waktu pagi yang hening. Kelihatan seorang petani dengan cangkul di bahu sedang berjalan menuju ke petak-petak sawah padi yang kuning keemasan. Sepanjang perjalanan, mulutnya terkumat kamit mebaca zikir-zikir mathurat, iaitu zikir-zikir amalan nabi. Tiba wakaf yang betul-betul terletak di tengah sawah, menjadi perkara yang rutin baginya untuk menunaikan solat sunat dhuha terlebih dahulu. Baginya, segala rezeki yang diperoleh semuanya dari Allah. Oleh itu, sangatlah wajar untuknya mengembalikan kesyukuran kepada Allah dengan solat sunat dhuha dua rakaat.


Dunia di tangan bukan di hati




   Dunia ini sifatnya sementara. Dunia ini sifatnya akan berakhir. Setiap hari berapa juta manusia mati. Baik yang tua mahupun kanak-kanak. Baik yang kaya mahupun yang miskin. Baik yang berkuasa sehinggalah kepada hamba. Baik yang sihat mahupun yang sedang sakit. Kerana itulah janji Allah, setiap yang hidup pasti akan mati.


Persiapkan dirimu sebelum bergelar mahasiswa...


Sekolah Menengah Ugama (Arab) Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu. Sekolah yang berada di pinggir bandar Kota Bharu bukanlah satu nama yang asing. Sekolah yang menggabungkan kurikulum yang digariskan Kementerian Pelajaran Malaysia dan pada masa yang sama turut menghidangkan pelajar-pelajarnya dengan kurikulum yang dicedok dari bumi anbiya, Mesir.

Di sini pentarbiyahan berjalan secara berterusan. Program-program tamrin (latihan) diadakan secara berkala untuk semua pelajar bagi memperkemaskan lagi jati diri pelajar sebelum keluar dari kepompong persekolahan. Usrah-usrah juga turut dijadikan agenda utama yang dijalankan oleh Badan Dakwah dan Tarbiyah (BADATI) bagi memberi pengisian tambahan buat santapan rohani pelajar-pelajar disamping turut menjadi medan latihan kepimpinan pelajar terutama dari sudut komunikasi. 

Nak menuju ke mana selepas SPM?

Assalamualaikum...

Minggu lepas berkesempatan untuk 'relief' di beberapa buah kelas tingkatan lima. Sambil-sambil 'relief' sempat juga bersembang dan bermesra dengan pelajar-pelajar. Dengan pelajar tingkatan lima, ramah mesra saya dengan mereka lebih fokus kepada persediaan SPM mereka dan HALATUJU mereka selepas SPM.

Walau ada segelintir jelas tentang HALATUJU mereka, tetapi selebihnya masih KABUR dan TIDAK TAHU nak menghala ke mana lagi. Jawapan yang biasa diberi "Tengok la cikgu keputusan SPM macam mana. Baru saya fikir nanti." Bila ditanya persediaan SPM, ramai yang sekadar menjawab "Boleh laa cikgu..." Nampaknya ramai yang tidak jelas perjalanannya selepas SPM. Nak ke mana? Universiti? Politeknik? Kolej Komuniti? Maktab perguruan? Matrikulasi? Kos apa? Sijil atau diploma atau terus ijazah?

Jadi di sini saya akan cuba berkongsi beberapa cadangan tempat pengajian yang boleh dituju selepas SPM...

Sunday, 24 March 2013

Kenapa 'Bukan sekadar Cikgu!'...?

Assalamualaikum...

Kenapa 'Bukan sekadar Cikgu!'...??? Kerana untuk memperingatkan diri saya sebagai Cikgu, teman-teman guru, bakal-bakal guru serta buat teman-teman yang memasang impian untuk dipanggil Cikgu...bahawa tugas Cikgu :

  • bukan sekadar mengajar
  • bukan sekadar mengajar subjek major dan minor
  • bukan sekadar keluar pagi balik tengahari dan rehat
  • bukan sekadar Cikgu di sekolah
  • bukan sekadar seronok menikmati gaji yang 'ok la...'
  • bukan sekadar bila pelajar bercuti Cikgu pun bercuti
Insya Allah...akan dikupas '...bukan sekadar...' ini pada 'posting' akan datang...

Jadi, fokus utama blog ini adalah berkaitan dunia pendidikan bermula pengalaman bergelar mahasiswa pendidikan sehinggalah secubit pengalaman sebagai pendidik...Selain itu akan dicoretkan juga catatan cetusan idea saya...:)

Sekian

Sekapur Sireh

Assalamualaikum...



Terhasilnya blog ini sekadar untuk berkongsi secebis pengalaman sepanjang permusafiran di bumi Allah yang sementara ini sebagai muhasabah buat diri yang sering alpa...Juga sebagai perkongsian dengan teman-teman andai ada kesilapan pernah dibuat oleh diri ini, dapatlah dijadikan pengajaran bersama dan tidak mengulang kembali kesilapan yang sama...