Sekolah
Menengah Ugama (Arab) Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu. Sekolah yang
berada di pinggir bandar Kota Bharu bukanlah satu nama yang asing. Sekolah yang
menggabungkan kurikulum yang digariskan Kementerian Pelajaran Malaysia dan pada
masa yang sama turut menghidangkan pelajar-pelajarnya dengan kurikulum yang
dicedok dari bumi anbiya, Mesir.
Di
sini pentarbiyahan berjalan secara berterusan. Program-program tamrin (latihan)
diadakan secara berkala untuk semua pelajar bagi memperkemaskan lagi jati diri
pelajar sebelum keluar dari kepompong persekolahan. Usrah-usrah juga turut
dijadikan agenda utama yang dijalankan oleh Badan Dakwah dan Tarbiyah (BADATI)
bagi memberi pengisian tambahan buat santapan rohani pelajar-pelajar disamping
turut menjadi medan latihan kepimpinan pelajar terutama dari sudut komunikasi.
Aku turut sama terpilih sebagai Group Leader untuk megendalikan usrah yang dijalankan. Seriously, pada awal pelantikan aku menerima secara terpaksa. Walaupun nampak mudah, ia bukanlah semudah yang disangka. Perlu membuat homework sebelum usrah, perlu sentiasa bersedia dengan perbagai persoalan dari anak buah dan yang paling aku tidak pandai adalah untuk menjadikan usrahku menarik.
Aku turut sama terpilih sebagai Group Leader untuk megendalikan usrah yang dijalankan. Seriously, pada awal pelantikan aku menerima secara terpaksa. Walaupun nampak mudah, ia bukanlah semudah yang disangka. Perlu membuat homework sebelum usrah, perlu sentiasa bersedia dengan perbagai persoalan dari anak buah dan yang paling aku tidak pandai adalah untuk menjadikan usrahku menarik.
Inilah
yang dinamakan tarbiyah atau pendidikan. Tarbiyah dari sudut kerohanian,
tarbiyah dari sudut kepimpinan dan tarbiyah dari sudut pengurusan, Tarbiyah!
Inilah sebenarnya langkah pertama yang perlu para pelajar persiapkan sebelum
melangkah ke gerbang kampus dan pastikan ada penerusan tarbiyah kampus juga!
Tarbiyah
kerohanian saya letakkan pada aras yang pertama dari perkara yang lain. Kenapa?
Tarbiyah kerohanian inilah yang akan menjadi benteng yang paling utama dalam
mempertahankan prinsip kita sebagai seorang Muslim. Suka untuk saya mengambil
contoh tarbiyah kerohanian yang sering dianjurkan pihak sekolah seperti
ceramah-ceramah keagamaan, qiamullail, solat berjemaah, usrah dan
program-program berbentuk kerohanian lain. Program ini nampak simple tetapi ia
tidak akan berkesan jika hanya dilaksanakan sekadar cukup syarat tetapi ia
seharusnya dilaksanakan secara komited dan berterusan agar hati mampu
dibersihkan secara berterusan. Hati yang bersih mampu bergelojak andai anggota
tubuh melakukan kemungkaran. Inilah benteng yang sepaptutnya ada dalam setiap
Muslim. Timbul rasa bersalah di saat melakukan dosa. Timbul rasa resah di saat
melakukan kemungkaran.
Saya
bukan pelajar sekolah agama. Macam mana saya nak laksanakan tarbiyah
kerohanian? Mungki ada adik-adik di luar sana tertanya-tanya persoalan ini. Dan
mungkin ada berkata saya senanglah sebab berada di sekolah agama. Ada
program-program tarbiyah yang telah siap disusun. Ya, saya mungkin beruntung kerana
berada dalam lingkaran sekolah yang mementingkan tarbiyah kerohanian. Tetapi
adik-adik yang tidak berada sekolah agama juga boleh mengaut untung yang sama. Saya
cuba memberi beberapa alternatif untuk adik-adik merangka proses pentarbiyah
kerohanian diri. Yang paling penting adik-adik perlu latih diri untuk
berdisiplin.
1. Pembacaan
Dari segi pembacaan letakkan keutamaan
membaca Al-Quran sebagai bahan bacaan wajib dibaca setiap hari. Fahami setiap
bait-bait kalamullah dengan membaca tafsir Al-Quran. Selepas Al-Quran,
keutamaan kedua adalah buku-buku keagamaan. Keutamaan seterusnya bolehlah
diletakkan mengikut keperluan dan minat masing-masing tetapi masih dalam ruang
lingkup buku-buku yang boleh memberi manfaat. Jadikan budaya membaca sebagai
gaya hidup.
Selain pembacaan melalui buku-buku,
pembacaan melalui internet juga boleh dijadilah bahan bacaan tambahan. Terlau
banyak, e-book, blog dan web yang menyediakan bahan bacaan ilmiah untuk dibaca.
Melaui pembacaanlah kita mampu meningkatkan
ilmu pengetahuan dan seterusnya dapat membina jati diri kita sebagai Muslim
yang bukan sekadar pada nama, tetapi Muslim yang mengamalkan gaya hidup Islam
dalam tiap detik masa.
2. Mengikuti
pengajian-pengajian pondok
Dewasa ini kita dalam lihat disamping
keutuhan pondok-pondok tradisional yang setia mnyediakan program-program
pengajian, terdapat juga banyak pondok-pondok moden yang meneyedia
program-program pengajian yang menggunakan konsep pondok traditional tetapi
dalam kondisi yang moden. Terpulanglah kepada adik-adik samada ingin memilih
pondok tradisional ataupun moden. Biasanya program-program pondok ini diadakan
pada musim cuti sekolah. Oleh itu, ringan-ringankan mulut dan tangan untuk
bertanya dan meng’google’ program-program pengajian yang akan dijalankan. Siapa
sahaja berpeluang mengikuti pengajian pondok ini.
3. Menyertai
kelas-kelas pengajian di surau dan masjid serta ceramah-ceramah agama
Sentiasalah mendampingi masjid-masjid
dan surau-surau berdekatan rumah adik-adik. Biasanya di surau-surau maupun
masjid-masjid banyak menyediakan kelas-kelas pengajian agama. Samada kita mahu
atau tak mahu. Samada kita malas atau rajin. Bergantung kepada diri adik-adik. buangkan
rasa ego sesama manusia dan letakkan rasa rendah diri di hadapan Allah akan
kekurangan ilmu di dada. Segera aturkan langkah menuju ke rumah-rumah Allah.
Letakkan diri pada tahap hamba yang dhaif, yang masih terlalu banyak kekurangan
ilmu untuk digali. Sekali lagi, buangkan rasa ego dan malu bimbang digelar
ustaz, ustazah, alim, berlagak baik dan bermacam-macam cakap manusia yang
sebenarnya didorong oleh hasutan syaitan.
Disamping kelas pengajian di rumah
Allah, banyak juga ceramah-ceramah agama yang diadakan di tempat-tempat umum.
Hadirkan diri di ceramah-ceramah sebegini untuk menambahkan ilmu agama. Selain
itu, jika tidak berkemampuan hadir ke tempat-tempat ceramah, kenapa tidak
gunakan teknologi masa kini untuk menonton siri-siri ceramah terutamanya
melalui YouTube. Banyak juga ceramah-ceramah dari penceramah-penceramah yang
terkenal disiarkan siaran langsung baik memalui TV mahupun internet. Gunakan
teknologi yang ada untuk menambahkan ilmu agama. Antara nak atau tak nak je!
4. Biasakan
diri untuk solat berjemaah samada di masjid atau di rumah
Solat jemaah merupakan salah satu kaedah
untuk memantapkan dalaman kita kepada Islam. Melalui solat berjemaah kita boleh
membina kekuatan dalaman dan seterusnya dapat menzahirkan kekuatan Islam. Allah
juga menjanjikan gandaan pahala sebanyak 27 kali ganda bagi yang solat
berjemaah.
5. Biasakan
diri bangun qiamullail
Pensyarah Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM), Wan Nordin Wan Abdullah berkata, umat Islam amat
digalakkan melakukan qiamullail kerana ibadat ini mempunyai kelebihan yang
begitu banyak sekali. ALLAH menggalakkan kita melakukan ibadat ini sebagaimana
maksud ayat yang ke-79 surah al-Israk:
“Dan bangunlah pada sebahagian
dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajud” padanya, sebagai
sembahyang tambahan bagi mu; semoga TUHAN-mu membangkit dan menempatkan mu pada
hari akhirat di tempat yang terpuji,” katanya.
Menurutnya, ALLAH menyatakan di
dalam al-Quran bahawa orang-orang yang sentiasa bertakwa dan mengerjakan
qiamullail dengan beramal ibadat dan memohon keampunan daripada ALLAH itu
adalah orang-orang yang muhsinin, iaitu orang-orang yang berbuat kebajikan yang
berhak mendapat balasan baik, rahmat ALLAH serta syurga. Firman ALLAH dalam
al-Quran:
“Sesungguhnya orang-orang yang
bertakwa adalah ditempatkan di beberapa taman syurga, dengan mata air-mata air
terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat
yang diberikan kepadanya oleh TUHAN mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu
adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit
sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam
(sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada ALLAH (memohon ampun)”
.(Adz-Dzaariyaat 15-18)
“Orang-orang yang melalui malam
hari dengan berdiri untuk TUHAN mereka itu maksudnya ialah orang-orang yang
solat tahajud malam hari semata-mata kerana ALLAH TAALA.
6. Menyertai
seminar-seminar atau kem-kem yang bercorak keislaman
Perkemaskan tarbiyah kerohanian...Jadilah mahasiswa bijak...Berjaya di dunia dan akhirat...:)
No comments:
Post a Comment