Guru yang HEBAT adalah guru yang mampu menjadi INSPIRASI pelajar...Berusaha mendidik hati untuk mendidik pelajar dari HATI yang TULUS...Bukan sekadar mengharap pelajar menjadi pandai semata-mata tetapi mampu memancarkan ilmu untuk KEMENJADIAN pelajar...Maka diri ini bukan sekadar CIKGU tetapi berusaha melunaskan amanah sebagai KHALIFAH sementara masih bernyawa di bumi ALLAH ini...

Pages

Monday, 25 March 2013

Nak menuju ke mana selepas SPM?

Assalamualaikum...

Minggu lepas berkesempatan untuk 'relief' di beberapa buah kelas tingkatan lima. Sambil-sambil 'relief' sempat juga bersembang dan bermesra dengan pelajar-pelajar. Dengan pelajar tingkatan lima, ramah mesra saya dengan mereka lebih fokus kepada persediaan SPM mereka dan HALATUJU mereka selepas SPM.

Walau ada segelintir jelas tentang HALATUJU mereka, tetapi selebihnya masih KABUR dan TIDAK TAHU nak menghala ke mana lagi. Jawapan yang biasa diberi "Tengok la cikgu keputusan SPM macam mana. Baru saya fikir nanti." Bila ditanya persediaan SPM, ramai yang sekadar menjawab "Boleh laa cikgu..." Nampaknya ramai yang tidak jelas perjalanannya selepas SPM. Nak ke mana? Universiti? Politeknik? Kolej Komuniti? Maktab perguruan? Matrikulasi? Kos apa? Sijil atau diploma atau terus ijazah?

Jadi di sini saya akan cuba berkongsi beberapa cadangan tempat pengajian yang boleh dituju selepas SPM...


KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPT)
  1. Institut Pengajian Tinggi Awam
  2. Politeknik Primier
  3. Politeknik Konvensional
  4. Kolej Komuniti
Yang ni adalah antara pilihan yang paling HOT...paling banyak persaingan la. Oleh itu, pilihlah kursus yang bersesuaian dengan keputusan yang diperoleh.

INSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA (ILJTM)
  1. Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
  2. Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI)
  3. Institut Latihan Perindustrian (ILP)
ILJKM juga semakin mendapat tempat dalam kalangan pelajar. Kebanyakan kursus lebih kepada praktikal berbanding teori...

Permohonan di bawah KPT dan ILJTM di sini--> http://upu.mohe.gov.my/ sebelum 14 April 2013

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
  1. Matrikulasi
  2. Program Asasi
Permohonan dibuat sebelum SPM dan semakan permohonan kemasukan matrikulasi boleh dibuat LIMA MINGGU selepas keputusan SPM dikeluarkan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Hal Ehwal Pelajar : 03- 8884 4036/40

Semakan di sini--> http://www.moe.gov.my/bmkpm/

Program ni biasa untuk mereka yang dapat result cemerlang. Jadi yang tidak menepati syarat-syarat minima yang ditetapkan disarankan tidak memohon.


MAJLIS AMANAH MARA
  1. Institut Kemahiran MARA
  2. Institut Kemahitan Tinggi MARA
Permohonan di sini--> http://apponline.mara.gov.my/spupim/

Belajar di bawah MARA biasanya pelajar akan dapat pinjaman bolehubah. Semakin cemerlang keputusan peperiksaan kita semakin berkurang pinjaman yang perlu dibayar.

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
  1. Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
  2. Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)

Juga menekankan praktikal berbanding teori...

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN, KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
  1. Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)
Permohonan di sini--> http://www.ciast.gov.my/v2/index.php Buat masa sekarang permohonan masih ditutup Jadi kena la rajin-rajin jenguk web ni ye...

Belajar di sini anda berpeluang untuk menjadi tenaga pengajar di kolej-kolej berorientasi kemahiran...Best juga ni...:)

KEMENTERIAN PERTANIAN & INDUSTRI ASAS TANI
  1. Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC)
Permohonan di sini--> http://www.moa.gov.my/ 

Yang berminat dalam bidang pertanian, pilihan ada di sini. Kena sentiasa jenguk-jenguk bila permohonan dibuka. Biasa akan ada bantuan untuk pelajar memulakan kerjaya dalam bidang pertanian...

BELAJAR LUAR NEGARA TAJAAN JPA

Permohonan di sini--> http://esilav2.jpa.gov.my/ sehingga 1 April 2013
Ha, yang bercita-cita ke luar negara, cubalah nasib memohon tajaan JPA. Tapi kena ingat bukan semua tajaan JPA akan dijamin kerja selepas habis belajar...

MAKTAB PERGURUAN

Yang berminat untuk jadi guru boleh mohon di sini http://apps.moe.gov.my/smg/02/020002/kplspm2013/login.cfm sebelum 31 Mac 2013...

Belajar dalam bidang pendidikan pada hari ini tidak seperti dulu. Selepas tamat belajar, tiada jaminan pekerjaan untuk anda tau!Kalau ada rezeki ada laa...doa banyak-banyak...

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

Yang berminat bekerja di sektor kerajaan bolehlah memohon di http://www.spa.gov.my.

INSTITUT PROFESIONAL BAITULMAL

Bagi yang kurang berkemampunan, anda mempunyai pilihan untuk menyambung pengajian di sini. Rujuk web http://www.ipb.edu.my/ipb/program.php ini. Anda berpeluang mendapat biasiswa penuh dari baitulmal.

AKADEMI LAUT MALAYSIA (ALAM)

Permohonan di http://www.alam.edu.my/programmes_csprogramme.php sebelum 5 April 2013
Untuk yang berminat dalam bidang maritin...Ini pilihan yang terbaik...

Pilihan lain adalah adalah di Institut Pengajian Tinggi Swasta seperti Universiti Teknologi Petronas dan Universiti Tenaga Tenaga Nasional (UNITEN) yang menawarkan pinjaman boleh ubah kepada pelajar. Selain itu banyak lagi IPTS lain seperti Universiti Selangor (Unisel), Medical and Science University (MSU), Multimedia University (MMU) dan Ranaco Indusrial Training Centre, lain-lain. 

Bila ingin memohon apa sahaja kursus :
  • tengok keputusan SPM setara tak dengan syarat yang ditetapkan untuk memohon (jangan main mintak jer)
  • minat (Kalau tak minat maunya merana sepanjang belajar nanti. Kalau yakin mampu pupuk minat dengan kursus yang dipilih teruskan...:))
  • pengiktirafan kursus (Banyak kes kursus yang ditawarkan baik di IPTA dan IPTS dalam dan luar negara tidak mendapat pengiktirafan. Jadi anda disarankan untuk 'check' status kursus di http://pengiktirafan.jpa.gov.my/ sebelum memohon. Takut bermasalah di kemudian hari terutama bila graduasi dan nak bekerja)
  • sumber kewangan yang ada (terutama yang memilih IPTS)
  • dapatkan maklumat dari mereka yang mengambil atau mengajar kursus tersebut
  • keperluan kursus untuk memenuhi kehendak kerjaya (banyak juga kursus yang kurang menepati kehendak peluang pekerjaan yang ada)
Apa-apa pun banyakkan berdoa agar Allah memberikan yang terbaik untuk anda. Allah lebih mengetahui apa yang kita PERLU...Sentiasalah bersangka baik dengan Allah...Jangan lupa lazimi solat istikharah agar Allah menggerakkan hati kita memilih yang terbaik untuk kita...Selamat membuat pilihan...:)

1 comment: