Guru yang HEBAT adalah guru yang mampu menjadi INSPIRASI pelajar...Berusaha mendidik hati untuk mendidik pelajar dari HATI yang TULUS...Bukan sekadar mengharap pelajar menjadi pandai semata-mata tetapi mampu memancarkan ilmu untuk KEMENJADIAN pelajar...Maka diri ini bukan sekadar CIKGU tetapi berusaha melunaskan amanah sebagai KHALIFAH sementara masih bernyawa di bumi ALLAH ini...

Pages

Tuesday, 26 March 2013

PEKERJA yang "KOYA"...

Bayangkan anda seorang PEKERJA dan mempunyai BOS. Waktu bekerja adalah dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Pukul 10.00 pagi ada rehat sekejap dan begitu juga waktu makan tengahari. Syarat datang ke pejabat adalah berbaju formal iaitu berkemeja, bertali leher dan berkasut bagi lelaki manakala bagi wanita berbaju kurung dan berkasut. Tugas anda adalah bla...bla...bla...

Sebagai pekerja anda hanya sekadar melaksanakan tugas PEKERJA dengan menepati 'punch card' masuk pukul 9.00 pagi dan keluar jam 5.00 petang. Waktu rehat anda rehat, waktu bekerja juga kadangkala anda curi-curi rehat. Buat kerja ala kadar sahaja sekadar memenuhi syarat sebagai PEKERJA...

Tapi anda mempunyai cita-cita besar. Kenaikan pangkat, kenaikan gaji dan keistimewaan-keistimewaan lain. Andakah anda rasa anda cukup TEBAL MUKA dengan BOS minta itu ini dalam keadaan KOMITMEN yang diberi sekadar ala kadar? Cukup sekadar 8 jam berada di pejabat tanpa ada usaha lebih untuk meningkatkan produktiviti syarikat...Jika anda cukup TEBAL MUKA untuk minta macam-macam dengan BOS, anda telah digolong dari PEKERJA yang "KOYA"...!


Apa benda "KOYA" ni? Disebabkan saya orang Kelantan, banyak perkataan bahasa Kelantan yang sangat sedap diguna dan kena tepat dengan maksud yang cuba disampaikan...Salah satunya "KOYA" yang bermaksud PERASAN MACAM BAGUS SANGAT yang boleh buat orang menyampah! Kepada rakan-rakan orang Kelantan lain, betul ke interpretasi  maksud "KOYA" yang saya maksudkan? Biasalah, tiada kamus khusus yang boleh dirujuk...Sekadar berdasarkan kefahaman selama 26 tahun ber'kecek' Klate...>.<  

Pernah tak kita sebagai HAMBA ALLAH berfikir sejenak. Kita adalah HAMBA dan Allah adalah PENCIPTA kita. Waktu bekerja adalah dari 1.00 pagi hingga 1.00 pagi berikutnya. Syarat berpakaian  adalah menutup aurat jika bersama bukan mahram, dan jika bersama mahram ada kelonggaran yang ditetapkan. Tugas anda di dunia adalah IKUT PERINTAH ALLAH dan TINGGALKAN LARANGANNYA...


Sebagai HAMBA anda hanya sekadar melaksanakan tugas HAMBA dengan bangun pagi, pergi kerja, balik kerja, makan dan tidur...Waktu solat anda solat...Tapi kadang-kadang malas, penat buat kerja. Tak pun solat di hujung waktu sekadar AKU DAH SOLAT. Yang solat pula TIDAK KHUSYUK. Asyik fikir dunia! Laksana perintah ALLAH ala kadar sahaja sekadar memenuhi syarat sebagai HAMBA MUSLIM...

Tapi anda mempunyai cita-cita besar. Pahala, hidup bahagia, diberi kekayaan, nak jadi ahli syurga dan nikmat-nikmat lain. Andakah anda rasa anda cukup TEBAL MUKA dengan ALLAH minta itu ini dalam keadaan KOMITMEN yang diberi sekadar ala kadar sebagai HAMBANYA? Cukup sekadar 24 jam berada di pejabat tanpa ada usaha lebih untuk meningkatkan produktiviti diri sebagai HAMBA ALLAH dan menyumbang sesuatu untuk ISLAM...Jika anda cukup TEBAL MUKA untuk minta macam-macam dengan ALLAH, anda telah digolong dari HAMBA ALLAH yang "KOYA"...!

Itulah manusia...Seringkali minta itu ini dengan Allah...Minta Allah berikan yang terbaik untuk diri...Tetapi pernahkah kita tanya diri kita, ADAKAH KITA BERUSAHA MENJADI HAMBA YANG TERBAIK untuk ALLAH?! "KOYA" nak menjadi ahli syurga tapi amalan tidak seperti ahli syurga..."KOYA" nak jadi ahli syurga tapi TAMAN-TAMAN SYURGA (majlis ilmu) di dunia malas nak pergi. "KOYA" nak hidup selamanya dengan pasangan yang dicintai hingga ke SYURGA, tapi ber'couple' romantiknya mengalahkan orang yang dah berkahwin..."KOYA" ingin mendampingi para rasul, nabi dan alim ulamak di SYURGA tapi rasul, nabi dan ulamak tak kenal, apatah lagi mengikuti apa yang mereka ajarkan. "KOYA" untuk ke syurga, tapi pakaian TERBUKA AURAT SANA SINI, KETAT SANA SINI...Jadi, macam mana nak dapat SYURGA??! Tepuk dada tanya iman. Diri anda, andalah yang mampu menilainya...

Baiki hati, buktikan dengan amal, arahkan matlamat menuju REDHANYA...

Selagi masih bernyawa selagi itu pintu taubat terbuka untuk kita menjadi HAMBA ALLAH yang SEBENARNYA dan bukan semata-mata "KOYA"...


Cikgu Adilah

3 comments:

  1. bila pena tak berhenti menulis..idea di fikiran mencurah curah keluar bagaikan sang semut berlumba lumba untuk mencari rezeki....proud to call you my 'sahabat' =)

    ReplyDelete
  2. spot on.. kato ore pasir puteh.. hihi

    ReplyDelete
  3. Hard Rock Hotel & Casino TulsaHard Rock Tulsa
    Hard 사천 출장안마 Rock Hotel & Casino Tulsa is 원주 출장안마 the ultimate 진주 출장마사지 destination for gaming and entertainment, featuring 동해 출장안마 more than 2600 electronic games, a popular music 양주 출장안마 venue,

    ReplyDelete